top of page

e-Career: Vocational College Career Pathway

“Where Vocational College Achieve Dream”

MUKA DEPAN WEB.PNG

​

Halatuju kemenjadian pelajar kolej vokasional merupakan KPI Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional Malaysia iaitu mensasarkan 70% graduan kolej vokasional memenuhi pasaran kerja di industri, 20% menyambung pengajian dan 10% menceburi bidang keusahawanan. Sehubungan itu, Pengarah Kolej Vokasional Temerloh memandang serius tentang isu ini dan telah mengambil inisiatif dalam membentuk pasukan t70, t20 dan t10 agar ia lebih berfokus dalam merencana halatuju pelajar kolej vokasional. Sistem pemfailan yang disediakan secara manual sebelum ini hanya dapat diakses oleh segelintir pihak sahaja. Kekangan para pelajar dalam mengakses maklumat-maklumat berkaitan halatuju kemenjadian pelajar dan ketidaksediaan pelajar berhadapan dengan halatuju mereka  menjadi faktor utama terbinanya laman web tersebut. Pendedahan yang terhad mengenai halatuju kemenjadian pelajar dan ketandusan maklumat kepada orang awam juga membataskan kesediaan dan penerimaan mereka terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional di Malaysia. Rekabentuk e-Career: Vocational College Career Pathway dibahagikan kepada 3 fungsi iaitu penyebaran maklumat, pelaporan dan analisis. Sistem e-Career: Vocational College Career Pathway “Where Vocational College Achieve Dream” merupakan laman web yang telah dibina berdasarkan dokumen-dokumen halatuju kerjaya pelajar kolej vokasional yang telah difailkan secara manual kearah pendigitalan secara keseluruhan. Perisian yang digunakan dalam membangunkan laman web ini ialah wixsite, Google Form dan Google Slide dengan sokongan tambahan daripada youtube. Sistem boleh dicapai menggunakan aplikasi MyLink, di media-media sosial dan juga di bilik sumber e-Career. Justeru itu, e-Career: Vocational College Career Pathway “Where Vocational College Achieve Dream” boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada. Sistem ini telah berjaya mencapai kepuasan pelanggan dalam mendapatkan maklumat dan berjaya mencapai sasaran projek dalam menyebarluaskan maklumat kepada semua lapisan masyarakat.

bottom of page