top of page

Sasaran laluan pelajar DVM adalah 20 % terus menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

 

Pelajar yang telah menamatkan program Diploma Vokasional dengan jayanya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di Universiti-Universiti awam dan swasta di dalam dan di luar negeri.

 

KPM telah mengadakan perbincangan dengan universiti-universiti awam dan swasta di dalam dan di luar negeri untuk memberi laluan kepada pelajar Kolej Vokasional melanjutkan pengajian mereka.

 

Contoh-contoh universiti awam yang telah mengadakan perbincangan dengan KPM untuk menyediakan laluan kepada pelajar Kolej Vokasional adalah Universiti-universiti MTUN iaitu Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Universiti Teknikal Melaka, Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Malaysia Perlis.

 

Contoh-contoh universiti swasta yang telah mengadakan perbincangan dengan KPM untuk menyediakan laluan kepada pelajar Kolej Vokasional adalah Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Tun Abdul Razak (UniTAR)

 

Antara Universiti luar negeri yang telah mengadakan perbincangan dengan KPM adalah Swinburne University of Technology Australia dan Institut-Institut TAFE Australia

 

Antara tujuan penubuhan Lembaga Teknolojis Malaysia (MBOT) adalah untuk mengiktiraf laluan pelajar pendidikan vokasional

laluan pelajar.PNG

UNIVERSITI TUN HUSEEIN ONN MALAYSIA

​

UTHM ada menawarkan Ijazah Sarjana Muda Vokasional Dengan Kepujian (di fakulti pendidikan teknikal & vokasional).

Justeru itu, pemohon perlu melepasi syarat Kemasukan berdasarkan kepada kategori berikut:-

Lepasan DVM
√ DVM (PNGK >3.00)
√ Sijil Vokasional Malaysia (PNGK >3.33 dan PNGK vokasional >3.67
√ Kepujian Dalam Bahasa Melayu SVM (kod 1104)
√ Kompeten semua modul vokasional
√ MUET band 2
√ Lulus ujian Medsi dan temuduga

UTHM.PNG

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP)

 

​

UNIMAP 1.PNG
UNIMAP 2.PNG
UNIMAP 3.PNG

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)
 

UTEM1.PNG
UTEM2.PNG
bottom of page